Susu
ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk
tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada
di dalam susu lembu.
Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari
susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga
lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang
menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga
menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang
menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru,
jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.
Tidak
ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak
pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu
membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
Menyusu
menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan
bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan
anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk
badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan
mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan
kanser ovari.
Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.
Alhamdulillah......hari ni genap setahun 2 minggu saye menyusu anak sepenuhnya....memang menyusu anak memerlukan tahap kesabaran yang tinggi di awal penyusuan .....tambahan lagi masa tu saye bekerja...malm setiap sejam skali bangun untuk menyusu baby.....menyusu dalam keadaan duduk takot anak tersedak susu....esok nya rase kepala tin tong x cukup tidor...tapi alhamdulillah dengan sokongan suami dan keluarga saye dapat menyusu sepenuhnya sehingga sekarang.....nikmatnye kite ibu2 yang menyusu baby kalo mase menyusu baby mase tu tengok muka anak...hilang rase penat dan letih....rase comelnye baby ku...hehehe......bagi ibu yang da otai menyusu baby sehingga 2 tahun saye ucapkan syabas dan Alhamdulillah ...dan bagi ibu2 yang sedang menunggu hari babay nak kuar mesti berdebar2 dan saye ucapkan welcome to da team...bagi ibu2 yang dalam pantang selamat berpantang ....da boleh kumpul stock susu untuk baby....ape2 pun kiter merancang....qada' dan qadar dari Allah.....
Ni ha..picture anak bujang saye Muhammad Khalish Bin Mohd Shahir....
kepada semua salam Maal HIjrah saye ucapkan semoga tahun ni kiter lebih diberkati dan di pelihara di bawah naungan Nya..
sambil2 menyusu baby kite boleh amalkan zikir dari surah Luqman amalan ibu iman shafie semasa menyusukan beliau (zikirnya ialah)
>>>>BACK
**********************************LEAVE YOUR COMMENT************************
sambil2 menyusu baby kite boleh amalkan zikir dari surah Luqman amalan ibu iman shafie semasa menyusukan beliau (zikirnya ialah)
>>>>BACK
**********************************LEAVE YOUR COMMENT************************
No comments:
Post a Comment