Kenapakah susu ibu paling terbaik?
Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Kajian menunjukkan bahawa menyusu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama tiga bulan boleh membantu mencegah gastroentreritis pada bayi. Jika anda menyusukan bayi anda selama sekurang-kurangnya empat bulan, anda boleh mengurangkan risiko bayi anda untuk mendapat penyakit pernafasan dan jangkitan telinga.Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda – sekurang-kurangnya 400 jenis – termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula bayi. Malah, kandungan nutriennya akan mengadaptasi kepada keperluan bayi anda semasa dia membesar. Dan selain dari manfaat pengembangan minda dan imuniti jangkitan dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. Apabila anda menyusukan bayi anda, bayi anda memanfaatkan kontak kulit dengan kulit, di samping pelukan dan pegangan. Anda juga akan berasa begitu.
Alhamdulillah kerana mengurniakan kita nikmat menjadi ibu untuk kite semua.....nikmat yg tidak terhingga dariNya untuk kita. Setiap ibu momen yg tidak dapat dilupakan oleh setiap ibu adalah saat mengandung...melahirkan ...dan menyusukan...walaupun perjalanan untuk mendidik, menjaga dan mentarbiah anak masih jauh lagi...... namun kegigihan dan kesusahan menjadi ibu adalah pengalaman beharga dalam diri kita semua.
Dalam entri kali ini saya akan berkongsi doa2 yang diamalkan oleh ibu Imam Shafie semasa menyusukannya. Saya sendiri pun baru mengamalkan doa ini walau agak terlambat..;-> namun better late than never kan.....Bagi ibu2 yang skarang sedang bepantang cepat2 amalkan dan untuk ibu2 yang sedang mengandung juga mesti x sabar2 nak dibacakan untuk baby nanti...kalo x der anak kecil yang menyusu pun boleh diamalkan untuk anak2.......Mana2 yang nak share entri ni saye halalkan untuk dikongsi bersama.....slam sayang untuk semua ibu2 di luar sana....salam tahun baru 2013 bersama azam baru untuk membina keluarga bahagia anda......;->
1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu'
2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri
"Wahai anak kesayanganKu, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat
kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan
bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat
melakukannya.
4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi,
dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang pertunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
Selamat beramal untuk anak2 tersyang buat ibu2 di luar sana......ni pic anak bujang saye yg masih mnyusu...
>>>>BACK
**********************************LEAVE YOUR COMMENT************************
No comments:
Post a Comment