CARA ORDER WHASUP 013-3045279

Thursday, January 31, 2013

REZEKI ALLAH HANYA HAK ALLAH.... KITA CARI SAHAJA......


Sering saya jumpa yang bertanya takot nak tambah anak lagi coz suami jer  kerja anak ramai macam mana nak makan?nak sekolah?tambah2 hidup di tengah kota yg besar…utility bils lagi..perubatan..pampers anak… bagi saya amat mudah sekali, pertama adalah yakin dengan rezeki yang Allah turunkan untuk kita seorang rezeki nya banyak ni…kalo keluarga 6 orang?….Allah tidak pernah lupa memberi kita rezeki setiap hari walaupun kadang2 saye pun lupe nak bg kucing yang selalu singgah umah kami untuk makan…. 


cuba kite perhatikan keluarga kita ataupun kite sendiri....dulu mase anak seorang@ dua susahnya tapi anak 6@8 alhamdulillah bertambah senang dari ada motosikal sudah berkereta...maknanya rezeki adalah subjektif....
(rezeki kami....muhammad khalish mohd shahir...born 18/10/2011)

Dulu hanya tahu pergi kerja balik kerja…. Sekarang setiap masa  adalah peluang,,,saya ceburi bidang yang saya rase mampu menambah pendapatan…..Alhamdulillah semua kemudahan yang ada boleh ditukar kepada gaji…..Walaupun untuk start dulu slow seperti kura2…tapi berkat pertolongan dariNya....Dulu x ada anak pun rase kesempitan tapi rezeki anak Allah bagi dekat saya…peluang2 yang ader saye cuba..Alhamdulillah…Allah tidak lokek membukakan pintu-pintu rezeki kepada hambanya yang berusaha, ucapkan syukur biar berkali-kali, Insyallah rezeki itu akan selalu menyinggah
 
 Saya pernah berjumpa dengan nenek yang berumur 90an sangat positif bile bercakap…masih sihat dan dapat menguruskan diri sendiri dengan baik…x nyanyuk….walau hidup x ada pencen dan x ada harta selalu megucapkan “ Aku yakin Allah bagi rezeki” sekadar aku yang sudah tua banyak mane shaja aku boleh makan…..Duit yang disedekahkan untuk nya diberi balik untuk anak saya….katanya “ Kalo aku x memberi macamana orang nak bg dekat aku” memang betul katanya semasa menghantarnya ke rumah cucunya kami jumpe sedaranya yg jauh….sebab terlalu lama x jumpa saudara tadi sedekah lagi duit untuk nya…(dalam hati memang benar kata2 nenek ni…..) 
  
Bagi saya, walau dimana kita berada bila kita ada keinginan dan kesungguhan dan pertolongan dariNya Insyallah.. pasti ada jalan untuk menghadapinya, jangan bimbang untuk anak ramai ataumenambah anak, kerana anak-anak ini adalah pembawa rezeki yang dapat kita kongsikan bersama. Yang baik dari Allah yang silap dari saya hamba yang lemah. Sekian.

 Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT)dan menjadi sebab Allah (SWT)buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT)azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT)membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT)menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

<sharing cerita anbiya...) 

Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum.
Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke dalamnya).
Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan jadi padanya?
Pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah ini adalah semut lebih yakin  jaminan rezeki daripada Allah S.W.T.(bertawakal kepada Allah) ketika di luar botol berbanding “jaminan” manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat, supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.

setiap orang Allah janjikan rezeki

Hanya Allah Pemberi Rezeki Dan Perlu DiTakuti- Ust.Azhar Idrus 


preparing for a mujahid in our fammily

 <SHARING>
Rasulullah s.a.w telah menggariskan 
empat tahap dalam pendidikan anak-anak mengikut faktor umur dan masa....
Tahap pertama ialah ketika anak itu masih kecil...anak yang baru lahir... Hendaklah dibanyakkan bergurau senda dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang... Jika nak yang lebih elok... Banyakkan selawat dan bertahmid, bertahlil, bertakbir dan sebagainya dengan anak-anak itu... Biasakan diri mereka dengan kalimah-kalimah suci...Bukannya hiburan-hiburan terkini....Kekalkan kesucian anak kita semaksimum mungkin....
Pada tahap kedua, iaitu anak di sekitar umur 7 tahun hingga baligh (lingkungan 14 tahun)....Hendaklah dididik dengan arahan, disiplin dan tanggungjawab.... Kena lebih tegas berkenaan disiplin dalam semua perkara.... tutur bicara...adap sopan... solat dan sebagainya.... Ramai yang tertinggal bab solat dalam lingkungan umur nie... Anggap anak tu masih kecil... Sedangkan masa nie lah dimestikan mengajar bab solat dan ilmu-ilmu kedisplinan yang lain....Ingat...dalam Islam..dibolehkan merotan anak jika anak itu tak nak solat selepas umur 10 tahun dengan cara yang betul....
Pada tahap ketiga, iaitu pada umur 15 tahun hingga 21 tahun.... hendaklah dididik dengan cara lebih matang dan berbincang.... lebih kepada berkawan...bertukar pendapat dan menghormati pendapatnya selagi tidak melampaui batas dalam syariah.... Banyakkan berbincang dan memberi pendapat dengan cara yang lebih matang kepada anak-anak.... Sebab mereka sudah masuk ke tahap mendewasakan diri dari budak mentah kepada budak yang sudah ada kehidupannya yang tersendiri.... Tapi masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari ibu bapa.... Fikiran depa masih belum betul-betul matang dalam hal-hal yang memerlukan pengalaman dan yang lebih kompleks...
Pada tahap keempat, iaitu 21 tahun ke atas.... ibu bapa hanya berperanan sebagai penasihat sahaja.... Berikan mereka kebebasan memilih selagi tidak bertentangan dengan agama dan merosakkan kehidupan mereka... Sepatutnya anak-anak pada masa nie...sudah tahu yang mana buruk dan yang mana baik berlandaskan agama... Itupun jika anak-anak itu sudah melalui semua peringkat didikan dengan berkesan dan teratur... 
Jika ada tertinggal satu tahap pendidikan yang sepatutnya.... Mungkin anak-anak itu tidak matang atau tidak dapat berdikari dengan sebetulnya apabila sudah mencecah 21 tahun... Perlu ingat...segala didikan perlulah selari dengan tuntutan agama.... Tinggi melangit ilmu dunia...kalau rendah ilmu agamanya....Pun takkan jadi... Mungkin benda nie takkan dirasai ketika senang dan bahagia.... Tapi apabila timbul saja krisis atau masalah walaupun sedikit...Baru kita rasa betapa pentingnya ilmu agama.....

Tuesday, January 29, 2013

Gigi Anak Rosak? Cuba GC TOOTH MOUSSE PLUS


GC TOOTH Mousse  adalah creme lazat yang bermanfaat untuk gigi.Penggunaannya seperti menggunakan "vitamin" pada gigi. Ia mengandungi kalsium dan membantu phosphate.
1) melindungi gigi daripada reput dan menjadikan gigi lebih kuat. (Mengelakkan kerosakan gigi anak anda....amat sesuai untuk anak yang susah/malas untuk memberus gigi/Sesuai utk dewasa jg)


mengurangkan/slowkan proses rosak tue..in fact, boleh menguatkan gigi jugak..

ok..GC Tooth Mousse nie ade beberape perise..
::strawberry::
::vanilla:
::melon::
::tutti frutti:
:mint:

 tooth decay for toodlers
dengan GC TOOTH MOUSSE mengurangkan/slowkan proses rosak tue..in fact, boleh menguatkan gigi jugak..

2) bantuan untuk gigi sensitif.
3) mencegah bintik putih semasa dan (Utk anda yg pakai pendakap, ia mmg perlu)

Ia semulajadi akan merangsang pengeluaran air liur.
 
- Jika anda mempunyai mulut berasid
- Jika anda mempunyai kerosakan aktif dalam mulut anda
- Jika anda mempunyai luka-luka tempat putih
- Jika anda mempunyai gigi sensitif
- Jika anda mempunyai hakisan atau memakai gigi
- Jika anda menjalankan prosedur pemutihan gigi
- Jika anda menjalankan rawatan ortodontik
- Jika anda mengalami mulut kering
- Jika anda terdedah kepada dehidrasi daripada aktiviti sukan atau kerja luar
- Jika anda mengalami demam pagi semasa mengandung
- Jika anda adalah pada peningkatan risiko kerosakan akibat keadaan perubatan (contohnya kencing manis)
- Jika anda mempunyai kadar aliran air liur rendah akibat daripada ubat-ubatan preskripsi


(klik untuk ORDER) 

***kembali ke link asal***



 

GOSOK GIGI....GC TOOTH MOUSSE


At da age 3 months Muhammad Khalish start tumbuh gg bawah 2 batang and after a month naik lagi 2 batang kat atas….skang da age 1year 3 month da ada 4 batang gg bwah and 4 batang gg atas gigi  geraham bawah da ada 2…

 I start encourage him to brush his teeth since age 3 month…I bought him starter pack tooth brush….and sometimes ader gak lap ngan kain lampin his teeth  before sleep…..Dulu senang coz baby lagi ibu buat macam mane pun baby x boleh nak geleng2 kepala….skang da going to toodlers memang ader little bit “perangai” nak gosok gg….

Since age 3 month until now Muhammad Khalish  da ada 5 batang berus gg….At first belikan jer tooth brush untuk toodler but seen he refused to brush his teeth I check his brush….sangat kasar….Kesian my baby …that’s why x nak ibu brush his teeth….then I more choosy to buy him  a tooth brush…I’ll spent sometimes half an hour to choose his tooth brush coz so many brands at stall but I’ll make sure to choose tooth brush of stage one for him and choose brush yg paling soft……. Ubat gigi biasa jer..ubat gigi untuk kanak2 but malam ibu akan make sure sapukan GC TOOH MOUSSE  dekat gg Muhammad  Khalish….untuk mane2 ibu yang nak tahu more pasal  GC TOOH MOUSSE (kliksini)…ia amat bagus untuk anak yang karies gg yg teruk……

Sesame Street: Healthy Teeth, Healthy Me: Brushy Brush lagu gosok gg paling best yng selalu ibu pasang nak gosok gg(walaupun banyak lagi lagu2 len yg ibu download)…..start jer lagu elmo…ok everybody is time to brush ur teeth….Muhammad Khalish da mintak berus gg…..da start jadi macm elmo gosok gg….kepala geleng2 berus gg….muka senyum2 try to sing tis song.....ibu2 kat luar sane leh try tis song….



Mkanan yang manis memang I x limitedkan coz Muhammad Khalish memang bf …Cuma kalo da malam  I akan elakkan  eat cokelat/gula2 jer…hari2 biasa if makan cokelat/gula I akan selalu cakap “ lepas ni kena gosok gg” buat gaya gosok gg depan die before gve him ckelat/gula2..

Sometimes kalo mandi…ibu akan sama2 gosok gg ngan Muhammad Khalish….it realy helps(ibu2 luar sana bole try)…if ibu gosok gg 20 minutes…20 minutes die akan gosok gg…..betul ape yang org cakap “son/doughter will immated what his/her parents act” sambil gosok gg same2 ibu will song lagu “ brush ur teeth”…nanti die pun same2 tersengeh nak ikot ibu nyanyi….

time to brush ur teeth


show his teeth to 'ayah'



sape cucu tok ming


post after brush teeth before sleep





zzzz.......nite all...assalamualaikum....

Thursday, January 24, 2013

PEMANGGANG AJAIB

salam pagi jumaat.....dalam entri kali ni nak share 'pemanggang ajaib' wink...wink...pemanggang ajaib ni da lame kat pasaran...da ramai org memiliki pemanggang ajaib ni....hari ni nak kongsi jgak kebaikan pemanggang ajaib ni....kenapa pemanggang ajaib??Boleh grill and masak macam2…. Kalau nak grill ayam, ikan, udang, ketam, kerang, lala and DAGING, without asap, debu terbang2 dan bahang api arang, gunalah pemanggang AJAIB ni. Senang !! Kenapa DAGING? Sebab semua orang tau, kalau masak daging ni paling jenuh menunggu daging empuk. Guna pemanggang AJAIB ni, daging masak dan empuk in 20 minutes. Sangat cepat!!

Selain itu. for those who are weightwatchers, inilah alat masak yang sangat kurang guna minyak dalam masakan. Cooking can be done without using oil because it's non-stick. Rasa masakan masih sedap walaupun takde minyak. If nak buat masakan yang tumis2 gunalah skeeeet jer minyak utk cukup syarat je. Masih boleh tumis2 dlm grill ni ye kalau mahu. Lepas tumis2 tu, boleh masuk ikan/ayam/udang dan sewaktu dengannya and tutup cover. Tunggu 10 minit utk ikan/udang/ketam/lala or 20 minutes for chicken/beef and siaplah lauk kita. Satu lagi, sebab kita tutup lauk masa masak, so no oil-splattering dan berperang dengan minyak jimat mase time cuci stove pas masak..

Antara masakan yang boleh masak...memang pelbagai...jom tengok....



nak order boleh order....(CARA ORDER)

Wednesday, January 23, 2013

*HEBATNYA SALAFUSSOLEH ZAMAN DAHULU. ♥



alhamdulillah.....ujan rupanya petang ni...patotlah tengahri tadi panas....rupanya nikmat untuk hujan petang...heheh....dalam dok tunggu ujan reda...nak g pasar malam....huhu sempat dok layan u tube UAI kejap (sambil2 minum petang) walau sekejap jer layan tapi best and amat bermakna skali.....si mohd khalish da siap2 mandi nak tunggu sembahyang maghrib ngan ayah dan ibu.....mane nak share silakan.....



 <SHARING>
<HEBATNYA SALAFUSSOLEH ZAMAN DAHULU.>
Siti Fatimah.
-Pergi ambil air kat telaga sejauh 2 kilometer, ambik waktu malam, tujuan? utk mengambil wudhu'. kenapa ambil waktu malam? sbab taknak bg lelaki nampak. Wudhu' sentiasa ada di tubuh nya.

Rabiatul Adawiyah.
-Kutip lemak unta dan ambil kulit unta yg org sembelih kemudian ambil lemak tersebut di bawa pulang, dia letak lemak2 tersebut atas piring kemudian ambil sumbu, kain buruk dan nyalakan api. Jadilah pelita. Kemudian solat tahajjud 300 rakaat tiap2 malam, :O

Imam As-Syafie.
-Solat Tahajjud dalam kaabah, 2 rakaat khatam Al-Quran. Rakaat pertama 15 juzuk, rakaat kedua 15 juzuk. Sama juga dgan Saidina Uthman. Allahurabbi~~


mane2 yang nak layan u tube terus klik

<ustaz azhar>

Tuesday, January 22, 2013

PERUBATAN ISLAM UNTUK MATA

tengah dok tengok u tube pasal perubatan islam tadi layan u tube dari ustaz sharhan shafie,,,dapat ilmu yang berguna yg boleh dikongsi dengan sape2 yang singgah kat blog ni...amalan nye senang jer.....jom kita start amal same2...mane yang nak share silakan jer......

<sharing>
ubat untuk penglihatan
sumber ustaz sharhan shafie 








bacalah kepada carrot 14x...dan makan carrot secara original (tanpa potong @masak@rebus) kerana dengan kunyahan carrot dan zat2 yg ader di carrot akan betulkan saraf mata yg rosak
...slamat beramal dan saye pun baru nak beramal...kiki...apa yg baik datang dari Allah...slam semua

Tuesday, January 1, 2013

AMALAN IBU IMAM SHAFIE KETIKA MENYUSUKANNYA

Kenapakah susu ibu paling terbaik?

Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Kajian menunjukkan bahawa menyusu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama tiga bulan boleh membantu mencegah gastroentreritis pada bayi. Jika anda menyusukan bayi anda selama sekurang-kurangnya empat bulan, anda boleh mengurangkan risiko bayi anda untuk mendapat penyakit pernafasan dan jangkitan telinga.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda – sekurang-kurangnya 400 jenis – termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula bayi. Malah, kandungan nutriennya akan mengadaptasi kepada keperluan bayi anda semasa dia membesar. Dan selain dari manfaat pengembangan minda dan imuniti jangkitan dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. Apabila anda menyusukan bayi anda, bayi anda memanfaatkan kontak kulit dengan kulit, di samping pelukan dan pegangan. Anda juga akan berasa begitu.

Alhamdulillah kerana mengurniakan kita nikmat menjadi ibu untuk kite semua.....nikmat yg tidak terhingga dariNya untuk kita. Setiap ibu momen yg tidak dapat dilupakan oleh setiap ibu adalah saat mengandung...melahirkan ...dan menyusukan...walaupun perjalanan untuk mendidik, menjaga dan mentarbiah anak masih jauh lagi...... namun kegigihan dan kesusahan menjadi ibu adalah pengalaman beharga dalam diri kita semua.

Dalam entri kali ini saya akan berkongsi doa2 yang diamalkan oleh ibu Imam Shafie semasa menyusukannya. Saya sendiri pun baru mengamalkan doa ini walau agak terlambat..;-> namun better late than never kan.....Bagi ibu2 yang skarang sedang bepantang cepat2 amalkan dan untuk ibu2 yang sedang mengandung juga mesti x sabar2 nak dibacakan untuk baby nanti...kalo x der anak kecil yang menyusu pun boleh diamalkan untuk anak2.......Mana2 yang nak share entri ni saye halalkan untuk dikongsi bersama.....slam sayang untuk semua ibu2 di luar sana....salam tahun baru 2013 bersama azam baru untuk membina keluarga bahagia anda......;->

 1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu'

2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan 


(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri
 
  "Wahai anak kesayanganKu, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa 
 
 Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"


Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi,

 dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang pertunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.



 Selamat beramal untuk anak2 tersyang buat ibu2 di luar sana......ni pic anak bujang saye yg masih mnyusu...

 >>>>BACK

**********************************LEAVE YOUR COMMENT************************