<SHARING>
Rasulullah s.a.w telah menggariskan
empat tahap dalam pendidikan anak-anak mengikut faktor umur dan masa....
Tahap pertama ialah ketika anak itu masih kecil...anak yang baru lahir... Hendaklah dibanyakkan bergurau senda dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang...
Jika nak yang lebih elok... Banyakkan selawat dan bertahmid, bertahlil,
bertakbir dan sebagainya dengan anak-anak itu... Biasakan diri mereka
dengan kalimah-kalimah suci...Bukannya hiburan-hiburan
terkini....Kekalkan kesucian anak kita semaksimum mungkin....
Pada tahap kedua, iaitu anak di sekitar umur 7 tahun hingga baligh (lingkungan 14 tahun)....Hendaklah dididik dengan arahan, disiplin dan tanggungjawab....
Kena lebih tegas berkenaan disiplin dalam semua perkara.... tutur
bicara...adap sopan... solat dan sebagainya.... Ramai yang tertinggal
bab solat dalam lingkungan umur nie... Anggap anak tu masih kecil...
Sedangkan masa nie lah dimestikan mengajar bab solat dan ilmu-ilmu
kedisplinan yang lain....Ingat...dalam Islam..dibolehkan merotan anak
jika anak itu tak nak solat selepas umur 10 tahun dengan cara yang
betul....
Pada tahap ketiga, iaitu pada umur 15 tahun hingga 21 tahun.... hendaklah dididik dengan cara lebih matang dan berbincang.... lebih kepada berkawan...bertukar pendapat dan menghormati pendapatnya selagi tidak melampaui batas dalam syariah....
Banyakkan berbincang dan memberi pendapat dengan cara yang lebih matang
kepada anak-anak.... Sebab mereka sudah masuk ke tahap mendewasakan
diri dari budak mentah kepada budak yang sudah ada kehidupannya yang
tersendiri.... Tapi masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari ibu
bapa.... Fikiran depa masih belum betul-betul matang dalam hal-hal yang
memerlukan pengalaman dan yang lebih kompleks...
Pada tahap keempat, iaitu 21 tahun ke atas.... ibu bapa hanya berperanan sebagai penasihat sahaja.... Berikan mereka kebebasan memilih selagi tidak bertentangan dengan agama dan merosakkan kehidupan mereka...
Sepatutnya anak-anak pada masa nie...sudah tahu yang mana buruk dan
yang mana baik berlandaskan agama... Itupun jika anak-anak itu sudah
melalui semua peringkat didikan dengan berkesan dan teratur...
Jika ada tertinggal satu tahap pendidikan yang sepatutnya.... Mungkin
anak-anak itu tidak matang atau tidak dapat berdikari dengan sebetulnya
apabila sudah mencecah 21 tahun... Perlu ingat...segala didikan perlulah selari dengan tuntutan agama....
Tinggi melangit ilmu dunia...kalau rendah ilmu agamanya....Pun takkan
jadi... Mungkin benda nie takkan dirasai ketika senang dan bahagia....
Tapi apabila timbul saja krisis atau masalah walaupun sedikit...Baru kita rasa betapa pentingnya ilmu agama.....
No comments:
Post a Comment