CARA ORDER WHASUP 013-3045279

Friday, February 22, 2013

PENYUSUAN SEPENUHNYA@ EKSLUSIF

Takrifan Penyusuan Eksklusif- Bayi diberikan susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain(termasuk air masak). Penyusuan susu ibu sepenuhnya amat penting untuk tempoh 4 ke 6 bulan pertama kehidupan bayi.
Kenapa Penyusuan Eksklusif Penting?1. Susu Ibu Memberi Perlindungan dari Penyakit kerana di dalam Susu Ibu mengandungi:
- "Bifidus Factor" yang dapat membantu pembiakan koloni Laktobacillus. Koloni ini bertindak sebagai pertahanan kepada serangan pembiakan E.Coli dalam usus.
- Lactoferrin bergabung dengan zat besi menyebabkan bakteria tidak mudah membiak
- Banyak agen anti-inflamatory membantu proses inflamatori yang tidak terkawal yang menyebabkan penyakit
- Lymphocite dan Macrophages yang membantu melawan penyakit
- Antibodi untuk melawan penyakit yang telah terdedah kepada ibu tersebut
- Hormon dan Growth Factor yang membantu pertumbuhan dan kematangan sistem immune bayi, perkembangan otak dan lain-lain
- Enzime lipase dan laktase yang membantu pembentukan sistem penghazaman bayi

2. Susu Ibu Memberi Perlindungan dari Alahan(Allergy) kerana
- Sistem usus bayi mudah terbentuk bila diberi susu ibu. Protein yang diterima oleh sistem bayi adalah protein manusia bukan protein asing.
- Pendedahan yang rendah terhadap protein asing menghasilkan toleransi dan bukannya kesan alahan (allergic)
- Zat seperti zink dan "long chain polyunsaturated fatty acid" di dalam susu ibu membantu pembentukan sistem immune bayi
- Dengan memberi bayi sekali sahaja susu formula pada bayi di hari yang pertama boleh menggalakkan allergik. Semua susu formula termasuk susu soya boleh memberi risiko allergik seperti ruam, atopik, asthma, eczema dan lain-lain

3. Pemberian Susu Ibu memberi banyak kebaikan kepada bayi seperti:
- Kadar SID(Cot death) yang rendah
- Kadar kencing manis (IDDM), Otitis Media yang rendah
- Respon pelalian yang lebih baik
- Kurang masalah gigi "Orthodontik"
- Perkembangan tumbesaran, emosi dan sosial yang lebih baik
- Kanak-kanak yang lebih pintar

* Pemberian bahan makanan atau minuman yang lain semasa tempoh 4-6 bulan pertama ini boleh mengurangkan kesan kebaikan yang disebut di atas kerana bahan-bahan asing tadi akan membersihkan perut bayi atau bertindakbalas secara tidak semulajadi di dalam perut dan usus bayi. Tambahan pula pengambilan bahan lain akan memenuhkan perut bayi (terlalu mengenyangkan) dan menyebabkan bayi tersebut tidak mahu menyusu secukupnya dari sumber susu ibu.
--Rujukan dari Kurikulum Panduan Pengurusan Laktasi dan Kursus 18 jam PPUM, KL

>>>>>>>>>>>>BACK

KEBURUKAN SUSU BOTOL @ FORMULA

1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selsema, demam).
2. Kesihatan ibu terjejas - risiko tinggi mendapat kanser payudara dan ovari.
3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan.
4. Jika susu dicairkan menyebabkan kekurangan zat makanan.
5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang.
6. Mudah tercemar.
7. Kegemukkan.
8. Mudah mendapat cirit-birit.

--Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)

>>>>>>>>>>>BACK

FAEDAH SUSU IBU UNTUK IBU

1. Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan perdarahan.
2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran.
5. Menjimatkan masa dan wang.
6. Mudah dan tidak perlu persediaan.
--Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)

 >>>>BACK

**********************************LEAVE YOUR COMMENT************************

FAEDAH SUSU IBU UNTUK BAYI

1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi).
2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
7. Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak, pneumonia dan jangkitan telinga.
8. Menggalakkan tumbesar.
9. Penghazaman yang mudah.
--Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)

 >>>>BACK

**********************************LEAVE YOUR COMMENT************************

SOAL JAWAB PENYUSUAN

SOALAN UMUM

  • APAKAH FAEDAH SUSU IBU UNTUK BAYI??? >>>read more
  • APAKAH FAEDAH SUSU IBU UNTUK IBU???>>>read more
  • APAKAH KEBURUKAN SUSU BOTOL @  FORMULA??>>>read more
  • APAKAH PENYUSUAN SEPENUHNYA@ EKSLUSIF???>>>read more
  • APAKAH FAEDAH MEMBERI SUSU IBU SECARA ON DEMAND???>>>read more
  • APAKAH BAGAIMANA TEKNIK PENYUSUAN IBU YANG BETUL???>>>read more

SELEPAS KELAHIRAN
  • SEAWAL BILA SAYA PERLU MENYUSU BAYI SAYA???>>>read more
  • APAKAH FAEDAH APABILA IBU DAN ANAK SENTIASA BERSAMA @ ROOMING IN???>>>read more
  • MENGAPA SUSU PADA AWALNYA KUNING DAN PEKAT @ APA ITU KOLOSTRUM???>>>read more

SOALAN
SAYA IBU YANG BEKERJAYA
  • APAKAH PERSEDIAAN SAYA SEMASA DALAM PANTANG???>>>read more
  • APAKAH PERSEDIAAN UNTUK PENNJAGAAN BABY SAYA APABILA SAYA BEKERJA???>>>read more
  • BILA KAH MASA PERAHAN SUSU UNTUK IBU BEKERJA???>>>read more
  • ANAK SAYA MASIH TIDAK MAHU BOTOL...KERJA DA NAK START???>>>read more
  • ADAKAH SAYA PERLU MENYUSU BABY WALAUPUN SAYA SENTIASA MEBUAT PERAHAN SUSU???>>>read more

SOALAN
PENGHASILAN SUSU
  • BAGAIMANA UNTUK PASTIKAN SUSU IBU SENTIASA CUKUP???>>>read more
  • BAGAIMANA TEKNIK PERAHAN BADAN SECARA MANUAL @ EFEKTIF???>>>read more
  • BAGAIMANA CARA PERAHAN SUSU BADAN MENGGUNAKAN TANGAN???>>>read more
  • MENGAPA KADANGKALA SUSU BADAN SAYA CAIR???>>>read more
  • APAKAH WARNA LAZIM SUSU BADAN???>>>read more
  • APAKAH PEMGGUNAAN PPAM ELEKTRIK @ BATERI AKAN MEMUDARATKAN SUSU BADAN???>>>read more
  • ADAKAH SUSU BADAN AKAN BERKURANG JIKA SAYA MEMERAHNYA???>>>read more
  • BAGAIMANA CARA TERBAIK PEMBERIAN SUSU BADAN KEPADA BABY???>>>read more

 >>>>BACK

**********************************LEAVE YOUR COMMENT************************







MAKANAN SUNNAH SEMASA PANTANG

Makanan sunnah juga antara pilihan makanan yang lebih sihat yang membantu merawat dan mengembalikan kesihatan tubuh selepas bersalin. Berikut adalah 10 pilihan makanan atau masakan sihat semasa berpantang.

1. Makan kurma sebelum hamil, semasa hamil dan semasa berpantang. Maksudnya boleh makan kurma sepanjang masa, terutama ketika pantang kurma membantu untuk merangsang dan meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ia juga sumber serat baik untuk memudahkan penghadaman.

2. Minyak zaitun sudah diketahui khasiat dan manfaat, Gunakan minyak zaitun semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang. Ketika pantang boleh menggunakan minyak zaitu untuk memasak menu sihat seperti sup sayur, sup ikan haruan(****khasiat zinc shaklee = khasiat ikan haruan >>>read more), nasi goreng herba dan sebagainya.

3. Susu kambing, susu sumber ini juga bagus dan boleh diamalkan semasa hamil, semasa pantang dan juga selepas pantang. Ia boleg diselang seli dengan minuman air halia, dan air halia kurma.



>>>>>>>>>>>>>BACK

RAWATAN SEMASA DALAM PANTANG

Kaedah Rawatan bagi Ibu Dalam Pantang Bersalin

Dipetik dari buku ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan ‘ oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah
Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan.
Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.
Berikut adalah amalan-amalan ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang.

PENGAMBILAN VITAMIN ADALAH AMAT PENTING SEMASA SALAM PANTANG MENGGANTIKAN VITAMIN YANG HILANG SEMASA PROSES MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN>>>>>>>>read more
  • Amalan Intensif Ubat Periuk
Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.
  • Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit
Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari. Diambil sebagai amalan harian sebelum sarapan pagi untuk merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .
  • Rawatan Bertuam
Bertuam dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.
  • Rawatan Bertungku
Bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.
Bertungku selepas 44 hari. Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.
  • Mandian Ibu Bersalin
Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan. Ini adalah supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
  • Rawatan Urutan Tradisional
Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.
  • Rawatan Berlulur
Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati. Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
  • Rawatan Berbengkung
Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.
Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
  • Rawatan Mandi Wap atau Bertangas
Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.
  • Rawatan Ukup Wangi
Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.
  • Senaman Kemutan Otot Rahim
Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis. Wap herba akan disedut masuk ke faraj. Pergerakan otot dalaman dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.
  • Darah Nifas
Selepas bersalin ciri keluar seperti darah haid tetapi berwarna kehitaman pekat, berlendir serta berkepingan dan berbau hanyir/busuk. Keluar bersama-sama darah bantal (darah yang terkumpul di dalam rahim melekat dengan uri) sedikit demi sedikit sehingga 2 minggu. Kemudian berkurangan ke sederhana cair sehingga berdebu kehitaman/coklat. Dan akhirnya kelaur cecair kekuningan sehingga men
Nota:
Buku ‘Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan ‘ ini ditulis oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah iaitu pengasas Nona Roguy dan juga pengamal kesihatan tradisional melayu. Buku ini mengandungi panduan lengkap untuk ibu-ibu mengandung, pantang bersalin dan penjagaan bayi. Di sini saya hanya menulis secara ringkas apa yang terkandung di dalam buku ini. Terdapat pelbagai pengetahuan mengikut perbidanan melayu iaitu dari proses kehamilan, berpantang dan juga penjagaan bayi. Selain itu turut memuatkan mengenai ketidaksuburan, keguguran serta resepi-resepi penyediaan herba melayu.


>>>>>>>>>>>>BACK

Thursday, February 21, 2013

surah al waqiah

Dalam entri kali ni ingin berkongsi tentang surah alwaqiah....lalu dekat masjid tadi terdengar alunan ayat dari surah alwaqiah....alunan dari syeikh tanah arab...sampai ujung2 ayat bait2 ayat yang dibaca terkelam2 sedih seperti mahu menangis....dalam hati tertanya2 ape maksud surah ni...tengok2  subhanallah...amat bermakna untuk diri sendiri,,,terima kasih Allah.....maksud surah al waqiah...........untuk renungan saya sendiri.....(baca betul2 sampai habis insyaAllah akan datang satu perasaan***** dalam diri anda...)

[1] Apabila berlaku hari kiamat itu, 
[2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. 
[3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). 
[4] (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. 
[5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, 
[6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, 
[7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); 
[8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? 
[9] Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? 
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); 
[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), 
[12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. 
[13] (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. 
[15] (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; 
[16] Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. 
[17] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; 
[18] Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. 
[19] Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. 
[20] Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, 
[21] Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. 
[22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, 
[23] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. 
[24] (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. 
[25] Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; 
[26] Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain).
[27] Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? 
[28] Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. 
[29] Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, 
[30] Dan naungan yang tetap terbentang, 
[31] Dan air yang sentiasa mengalir, 
[32] Serta buah-buahan yang banyak, 
[33] Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, 
[34] Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. 
[35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 
[36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), 
[37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. 
[38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; 
[39] Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, 
[40] Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. 
[41] Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? 
[42] Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43] Serta naungan dari asap hitam, 
[44] Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan. 
[45] Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). 
[46] Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar, 
[47] Dan juga mereka selalu berkata: Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? 
[48] Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? 
[49] Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, 
[50] Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum. 
[51] Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), 
[52] Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, 
[53] Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54] Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, 
[55] Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas. 
[56] Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. 
[57] Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat). 
[58] (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)? 
[59] Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya? 
[60] Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; 
[61] (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu) dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya. 
[62] Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[64] Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? 
[65] Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal, 
[66] (Sambil berkata): Sesungguhnya kami menanggung kerugian. 
[67] Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) 
[68] Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? 
[69] Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya? 
[70] Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. 
[71] Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? 
[72] Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya?
[73] Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74] Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

[75] Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran; 
[76] Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya. 
[77] Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), 
[78] Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, 
[79] Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; 
[80] Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. 
[81] Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini? 
[82] Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)? 
[83] Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya; 
[84] Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya.
[85] Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86] Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami); 
[87] Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar? 
[88] Kesudahannya: Jika dia (yang mati itu) dari orang-orang "Muqarrabiin", 
[89] Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan. 
[90] Dan jika dia dari puak kanan, 
[91] Maka (akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan. 
[92] Dan jika dia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat, 
[93] Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak, 
[94] Serta bakaran api Neraka. 
[95] Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini. 
[96] Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
 
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.


DEBARAN BERSALIN

--------------------------------------------------------------------------
saya da 38 minggu...macamana tanda-tanda bersalin??setiap bakal ibu yang pertama kali melahirkan cahaya mata debaran bersalin mesti dirasai pada minggu ke 38.....bagi ibu2 setiap tanda adalah berbeza begitu juga setiap anak tanda kelahiran adalah berbeza...apa yang penting setiap ibu2 mestilah tahu tanda2 bersalin.........................

1. Show

Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

2. Kontraksi

Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3. Air ketuban pecah

Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

Amaran!!!

Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Rutin pemeriksaan

1. Vaginal examination

Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.

2. Cardiotopograph

Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi.

3. Pemeriksaan tekanan darah

Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu proses kelahiran.

4. Palpation

Doktor akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal ataupun sebaliknya.


Proses kelahiran

1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm

Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:

Senyap (latent)
Pada peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.

Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.

Aktif
Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan paling akhir setiap 40 saat.

2. 10 cm sehingga bayi keluar

Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku komplikasi yang lain pula.

3. Uri dikeluarkan

Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.

Info

Ubat membuang najis

Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.

Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan. Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah ke hospital. 


(sumber majalh pa& ma)

>>>>>>>>>>>BACK

Monday, February 18, 2013

OSTEMETRIK SHAKLEE @ OSTEOMATRIX SHAKLEE




Masalah utama wanita mengandung adalah sembelit. Boleh diaatasi dengan pengambilan Ostemetrik Shaklee dan mengamalkan minum 7 gelas air putih sehari dan mengambil buah-buahan.Antara lain kepentingan kalsium @ Ostemetrik...
  • kepentingan Kalsium untuk wanita hamil- kurangkan komplikasi semasa meneran
  • Osteoporosis penyakit senyap & serius. Mengapa terjadi dan bagaimana mencegahnya?
  • Peranan kalsium sebagai 'milk booster'
  • Masalah Migrain & apa peranan kalsium
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)

 1 tablet OSTE = 1 gelas susu kalsium tinggi = 80 biji badam

KELEBIHAN OSTEMETRIX SHAKLEE





ANTARA TESTIMONI PENGGUNA OSTEMETRIX SHAKLEE





>>>>>>>>>>>>>>>BACK

Friday, February 15, 2013

ZINC TABLET SHAKLEE


 

Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin.

Antara kebaikan lain
  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
 
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan
dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
 
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
 
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

RESEPI IKAN HARUAN DALAM PANTANG

Resepi Ikan Haruan Kukus saya masa pantang

Bahan-bahan:


500 gm ikan haruan
10 gm bawang putih (dihiris halus)
20gm halia (dihiris halus)
15 ml serbuk ada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar (dihiris)

Cara Penyediaan:

1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan bawang putih, halia yang dihiris halus.
3. Masukkan pula sedikit air ke dalam kuali. Kemudian panaskan.
4. Tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.

siap............

jika anda seorang yang tidak dapat makan ikan haruan pengambilan zinc tablet shaklee  = khasiat ikan haruan >>more

 
 

SET PANTANG SHAKLEE


Oleh sebab inilah kami memperkenalkan Set Berpantang Produk Shaklee. Set Berpantang ini terdiri daripada:-

1) Vitalea - Multivitamin yang membekalkan 12 jenis vitamin dan 7 mineral penting
2) Vitamin b complex - Pelbagai kepentingan seperti membantu dalam penghasilan hormon, pembentukan sel darah merah, mengekalkan kesihatan kulit dan salur darah.
3) Vitamin C - Membantu mengukuhkan sistem imun agar ibu kurang sakit
4) Zinc - Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran. Juga membantu dalam masalah rambut gugur >>> read more

Selain dari empat supplement diatas saya juga cadangkan untuk menambah Ostematrix...>>>read more


Bukan sekadar memenuhi keperluan kalsium tetapi juga membantu dalam masalah sembelit kerana adanya kandungan Magnesium...

>>>>>>>BACK

BERPANTANG

Selepas melahirkan perkara yang penting adalah berpantang...bagi ibu2 yang telah melalui pengalaman berpantang perkara yang amat menyedihkan@tidak selesa kepada ibu2 yang berada dalam pantang adalah :jika ingin membuang air besar kerana pada saat ini ibu2 mengalami luka bagi ibu2 yang melahirkan bayi secara normal. Pengalaman sembelit bagi ibu2 yang berpantang boleh menyebabkan risiko buasir...adalah penting ibu2 untuk mengambil serat@vitamin yang penting untuk mengatasi masalah ini.......read more>>>>

Semasa pantang aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin hendaklah dipandang berat kerana kesan pengabaian aspek ini adalah kesan berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang diabaikan dan tidak dititik beratkan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

pentingnya pengambilan vitamin semasa dalam pantang......emm nak pilih jamu @ vitamin yang sesuai terpulang kepada individu cuma bagi ibu2 yang bersedia untuk menyusukan anak sepenuhnya hendaklah memilih jamu yang bersesuaian untuk mengelakkan masalah kepada baby yang menyusu badan....Saya ingin berkongsi set pantang Shaklee yang  amat popular di kalangan ibu2.
Pemakanan amat penting semasa dalam pantang ...pengambilan makanan yang mengandungi zink amat penting untuk merawat luka dalaman dan luaran....  Seperti contoh pengambilan ikan haruan yang sangat popular kerana mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Pati (sup) ayam juga penting untuk melancarkan aliran darah dan mengembalikan ketahanan tubuh badan.

Begitu juga dengan ulam seperti halia yang banyak mengandungi vitamin A, C, E dan antioksidan. Ada juga ulam yang boleh membantu membuang angin dalam badan. Selain dari itu pengambilan sayuran juga dititik beratkan untuk membantu masalah sembelit.

Oleh sebab inilah kami memperkenalkan Set Berpantang Produk Shaklee. Set Berpantang ini terdiri daripada>>>>>read more


antara pengguna2 set berpantang shaklee


 

 google tag search result

set pantang shaklee 
 makanan dalam pantang  
 amalan dalam pantang
pantang larang semasa pantang
 makanan sunnah 
 resepi dalam pantang


>>>>>>>>>>>BACK