CARA ORDER WHASUP 013-3045279

Thursday, January 31, 2013

REZEKI ALLAH HANYA HAK ALLAH.... KITA CARI SAHAJA......


Sering saya jumpa yang bertanya takot nak tambah anak lagi coz suami jer  kerja anak ramai macam mana nak makan?nak sekolah?tambah2 hidup di tengah kota yg besar…utility bils lagi..perubatan..pampers anak… bagi saya amat mudah sekali, pertama adalah yakin dengan rezeki yang Allah turunkan untuk kita seorang rezeki nya banyak ni…kalo keluarga 6 orang?….Allah tidak pernah lupa memberi kita rezeki setiap hari walaupun kadang2 saye pun lupe nak bg kucing yang selalu singgah umah kami untuk makan…. 


cuba kite perhatikan keluarga kita ataupun kite sendiri....dulu mase anak seorang@ dua susahnya tapi anak 6@8 alhamdulillah bertambah senang dari ada motosikal sudah berkereta...maknanya rezeki adalah subjektif....
(rezeki kami....muhammad khalish mohd shahir...born 18/10/2011)

Dulu hanya tahu pergi kerja balik kerja…. Sekarang setiap masa  adalah peluang,,,saya ceburi bidang yang saya rase mampu menambah pendapatan…..Alhamdulillah semua kemudahan yang ada boleh ditukar kepada gaji…..Walaupun untuk start dulu slow seperti kura2…tapi berkat pertolongan dariNya....Dulu x ada anak pun rase kesempitan tapi rezeki anak Allah bagi dekat saya…peluang2 yang ader saye cuba..Alhamdulillah…Allah tidak lokek membukakan pintu-pintu rezeki kepada hambanya yang berusaha, ucapkan syukur biar berkali-kali, Insyallah rezeki itu akan selalu menyinggah
 
 Saya pernah berjumpa dengan nenek yang berumur 90an sangat positif bile bercakap…masih sihat dan dapat menguruskan diri sendiri dengan baik…x nyanyuk….walau hidup x ada pencen dan x ada harta selalu megucapkan “ Aku yakin Allah bagi rezeki” sekadar aku yang sudah tua banyak mane shaja aku boleh makan…..Duit yang disedekahkan untuk nya diberi balik untuk anak saya….katanya “ Kalo aku x memberi macamana orang nak bg dekat aku” memang betul katanya semasa menghantarnya ke rumah cucunya kami jumpe sedaranya yg jauh….sebab terlalu lama x jumpa saudara tadi sedekah lagi duit untuk nya…(dalam hati memang benar kata2 nenek ni…..) 
  
Bagi saya, walau dimana kita berada bila kita ada keinginan dan kesungguhan dan pertolongan dariNya Insyallah.. pasti ada jalan untuk menghadapinya, jangan bimbang untuk anak ramai ataumenambah anak, kerana anak-anak ini adalah pembawa rezeki yang dapat kita kongsikan bersama. Yang baik dari Allah yang silap dari saya hamba yang lemah. Sekian.

 Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT)dan menjadi sebab Allah (SWT)buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT)azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT)membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT)menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

<sharing cerita anbiya...) 

Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum.
Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke dalamnya).
Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan jadi padanya?
Pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah ini adalah semut lebih yakin  jaminan rezeki daripada Allah S.W.T.(bertawakal kepada Allah) ketika di luar botol berbanding “jaminan” manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat, supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.

setiap orang Allah janjikan rezeki

Hanya Allah Pemberi Rezeki Dan Perlu DiTakuti- Ust.Azhar Idrus 


No comments:

Post a Comment