CARA ORDER WHASUP 013-3045279

Monday, April 22, 2013

info dalam pantang to be a successful bf mum

Persediaan proses pengepaman@penyimpanan stock susu semasa dalam pantang...


Salam...kepada pengunjung blog saya ini dan rasa syukur saya panjatkan ke hadrat ilahi diatas rezeki untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman saya  dalam menyusukan anak...berikutan rakan2 ibu di luar sana ada yang pm say bagaimana untuk menjadi seorang ibu bekerjaya yang terus menyusukan anak sepenuhnya..bg ibu yang baru pertama kali menyusukan baby so jom kite share...........

  2 sebab
pentingnya mengepam dalam tempoh berpantang

a) Breast akan bengkak berikutan banyaknya pengaliran air susu (normally semasa pantang air susu sgt2 meriah)...dan adakalanya baby yg baru lahir lebih banyak tidur,so cara bagi mengelakkan dari bengkak susu adalah dengan mengepam...


b) Untuk persediaan stok EBM - ini penting untuk persediaan sebelum kita bekerja atau semasa susu merudum >>>read more..

Cara- cara pengepaman semasa berpantang :-


a) Jika anda boleh menyusukan baby secara direct, amalkan cara TANDEM PUMPING...Tandem Pumping ialah menyusukan sebelah payudara secara direct dan sebelah lagi secara pump...

b) Mengepam selepas menyusukan bayi...Jangan bimbang ya...jika anda mengepam sebelum menyusukan bayi, maka baby akan kurang susu..Insya allah allah menciptakan susu ibu itu sangat istimewa dan ianya sentiasa di hasilkan tambahan pula jika di hisap oleh baby (stimulate baby lebh baik dr mengepam sebenarnya)...

Begitu juga jika anda menyusukan bayi terlebih dahulu sesudah baby kenyang dan sendawakan baby anda...anda boleh sambung dengan
mengepam...walaupun ianya hanya angin atau titik2 kecil sahaja...yang penting sekali adalah ransangan (stimulate) dan kekerapan kita mengosongkan breast sgt penting bagi memberikan signal kepada otak untuk kelenjar susu menghasilkan lebih banyak susu...


So, semasa berpantang...pastikan anda mengambil peluang untuk proses penyimpanan susu kerana susu amat lah meriah pada ketika ini....saya lebih suka tgh malam@ pada waktu subuh (sbb susu pada ketika ini meriah daripada biasa)..so, ibu2 diluar sana boleh pilih waktu yang sesuai dan jgn stress sekiranya susu tidak sebanyak yang di harapkan...doa banyakkan air susu>>>read more

Dan harus diingat ye...walaupun amaun hasil pengepaman kita sangat sedikit..tak kiralah walaupun sekadar 0.5 oz sahaja ianya dikiranya NORMAL..kerana bagi mereka yg direct feed, baby telah minum dengan banyaknya so, saki baki itulah yang terhasil...so, don't panic k...

Dan semakin mendekati waktu akan bekerja, sila buat jadual pengepaman tersendiri..setiap2 jam@ 3 jam atau 4 jam ... pentingnya jadual ini kerana otak kita telah memorize waktu2 yang kebiasaannya susu di perlukan..so, waktu2 tersebut susu akan terhasil dengan banyaknya...

Antara asas penyusuan yang perlu ada untuk ekslusif bf for ur baby!!!






 >>>>BACK

**********************************LEAVE YOUR COMMENT************************

susu ibu cukup????

Rata-rata jika ditanya pada ibu yang menyusu apa yang selalu berlegar dalam fikiran sudah semestinya RISAU jika susu semakin berkurang. Bab ni memang semua ibu paling takut apatah lagi jika menyusu badan sepenuhnya. Apa tips yang perlu dibuat untuk menambah susu badan?

1. Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang. 

2. Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.

 3. Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.

 4. Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.

 5. Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu.

 6. Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.

 7. Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu...>>>read more

 8. Boleh mengambil supplement untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi. 



 >>>>BACK

**********************************LEAVE YOUR COMMENT************************

Breastfeeding vitamin set with shaklee

Breastfeeding vitamin set with shaklee


set breastfeeding (Basic) 
~ set ini sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan Shaklee. Baru nak try atau 'test' berkesan atau tidak.
~ada 4 vitamin dalam set ini : 

Vitalea (multivitamin),
 B Complex, 
Vitamin C
Alfalfa

set breastfeeding (Medium)
~set ini adalah set Basic + Calcium.
~ada pertambahan Calcium (Ostematrix) dan seperti yang kita tahu, calcium amat penting terutamanya kepada ibu menyusu@kepada yg allergic susu. Ini kerana sekiranya kita tidak mengambil supplement calcium/minum susu, susu badan yang kita hasilkan bakal diambil dari badan kita sendiri! oleh yang demikian, amat berisiko untuk mengalami osteoporosis.


set breastfeeding (Optimum)
~set ini adalah set Basic + Calcium + ESP
~namun, dari segi keperluan ibu menyusu, memang ini adalah sebaiknya.
Sebab? Sebab ada vitamins, ada calcium dan ESP(energizing soy protein).
Kenapa ESP penting kepada ibu menyusu?


 ESP penting bagi:
-membekalkan tenaga dengan kadar yang cepat
-memelihara kulit wajah (menghasilkan kolagen dalam badan)
-sumber protein kepada badan
-memulihkan pigmentasi, rambut gugur dan masalah kulit lain

dan ada set optional - Eu Four Pack
Set ini adalah untuk sesiapa yang allergy pada Alfalfa.

So, sekarang anda sudah tahu serba sedikit semua set breastfeeding yang ada. Maka anda boleh membuat pilihan, nak set yang mana satu...


google tag search result : 


khasiat susu ibu

surah amalan ibu imam shahfie ketika menyusu
pricelist for vit set 
penyusuan baby sepenuhnya@ekslusif 
keburukan susu botol@formula 
faedah susu ibu untuk ibu 
soal jawab penyusuan@info penyusuan 
jadi ahli shaklee 
susu ibu cukup?????? 
persediaan semasa pantang untuk penyusuan susu ibu
rezeki hak Allah 

 <<<<<<<<<<<<LEAVE YOUR COMMENT >>>>>>>>>>>>>>>>>>

price list for bf set

SET IBU MENYUSU

Set Ibu Menyusu
Set A – RM 241 @ RM RM 276

1) Vita-Lea Iron Formula (Multi-vitamin)   – 120 Tablet
2) Sustained Release Vita-C (500mg)        – 180 Tablet
3) B-Complex                                          – 120 Tablet
4) Alfalfa Complex                                   – 330 @ 700 Tablet
@ Trial Pak (1 Bulan) – RM 80
1) Vita-Lea Iron Formula (Multi-vitamin)   – 40 Tablet
2) Sustained Release Vita-C (500mg)        – 40 Tablet
3) B-Complex                                           – 40 Tablet
4) Alfalfa Complex                                    – 60 Tablet
Set B – RM 300 @ RM 325
1)  Vita-Lea Iron Formula (Multi-vitamin)   – 120 Tablet
2)  Sustained Release Vita-C (500mg)        – 180 Tablet
3)  B-Complex                                           – 120 Tablet
4)  Alfalfa Complex                                    – 330 @ 700 Tablet
5)  OsteMatrix (calsium magnesium)        – 120 Tablet
@ Trial Pak (1 Bulan) – RM 100
1) Vita-Lea Iron Formula (Multi-vitamin)   – 40 Tablet
2) Sustained Release Vita-C (500mg)        – 40 Tablet
3) B-Complex                                           – 40 Tablet
4) Alfalfa Complex                                    – 80 Tablet
5)  OsteMatrix (calsium magnesium)       – 40 Tablet



Set C – RM 391 @ RM 416

1)  Vita-Lea Iron Formula (Multi-vitamin)   – 120 Tablet
2)  Sustained Release Vita-C (500mg)        – 180 Tablet
3)  B-Complex                                           – 120 Tablet
4)  Alfalfa Complex                                     – 330 @ 700 Tablet
5)  Zinc                                                       – 120 Tablet
6)  Energizing Soy Protein-Canister              – 850g

@ Trial Pak (1 Bulan) – RM 100 @ RM 212*
1)  Vita-Lea Iron Formula (Multi-vitamin)      – 40 Tablet
2)  Sustained Release Vita-C (500mg)           – 40 Tablet
3)  B-Complex                                              – 40 Tablet
4)  Alfalfa Complex                                       – 80 Tablet
5)  Zinc                                                         – 40 Tablet
6)  Energizing Soy Protein-Canister*              – 850g
 
 >>>>BACK

**********************************LEAVE YOUR COMMENT************************

kelebihan membaca alQuran

Jom tengok apa kelebihan dan keistimewaan membaca al quran sewaktu mengandung .

1.Membaca al quran sewaktu mengandung akan membentuk sahsia yang baik pada bayi yang di kandung. Sejak dari dalam perut bayi anda sudah di perdengarkan bacaan ayat-ayat suci dan sentiasa mengingati penciptanya.Insyaallah amalan baik sejak kecil akan membantu kita mendapat anak yang soleh@solehah.

2.Perasan dan jiwa yang tenang. Ayat quran umpama terapi diri yang mampu menenangkan jiwa si pembaca.Lebih-lebih lagi jika anda faham makna ayat yang anda baca. Kalau ibu mengandung perasaan penat dan sensitif cepat terasa dan cepat membuatkan rasa nak marah. Sejukkan hati dan jiwa dengan membaca al quran.

3.Dapat menjauhkan diri dari bisikan syaitan dan iblis. Mereka ni memang makhluk perosak sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Jadi jauhkan mereka lebih-lebih lagi sewaktu mengandung kerana wanita yang tengah mengandung mempunyai jiwa dan perasaan yang lemah dan mudah di rasuk.

4.Ganjaran pahala yang sangat besar.Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)


Ini antara sahaja............ keistimewaan membaca al quran sangatlah banyak.Lebih-lebih lagi jika anda mencari apa makna surah atau ayat yang anda baca.

sharing for mommy: ibu yang mengandung @ ibu2 supaya membaca ayat qursi dan mengulang ayat yang terakhir sebanyak 7 kali sebelum tidur. Selepas mengulang ayat terakhir 7 kali tiup ( tadah tangan ) dan sapu dari arah kepala sehingga ke bawah ( macam melumur lulur)@bagi yang ada anak@baby boleh apply cara yang sama...


 >>>>>BACK

*****************************LEAVE YOUR COMMENT************************

surah amalan semasa ibu hamil

Surah amalan ibu mengandung :
  • Surah Al Fatihah – Untuk terang hati dan kuat ingatan
  • Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan jiwanya
  • Surah Al Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan sifat berhati-hati anak
  • Surah At Tawbah – Untuk membersihkan jiwa dan memelihara diri dari maksiat
  • Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan mendapat anak yang soleh
  • Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak
  • Surah Yasin – Untuk ketenangan hati dan anak jauh dari godaan iblis dan syaitan
  • Surah An Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
Ini sedikit sebanyak perkongsian yang dirujuk dari beberapa blog supaya menjadi panduan insya Allah Petua untuk bakal ibu, tip ketika hamil ini semoga menjadi panduan


 
********************LEAVE YOUR COMMENT**********************

Tuesday, April 2, 2013

TAK SUKA SUSU???


Tak suka susu??@ anda orang yang alah kalo minum susu nie, ni kerana susu mengandungi laktosa. Kesannya ialah lepas minum susu orang itu akan mengalami cirit-birit dan terpaksa mendapat rawatan dgn segera...pentingnya kalsium@ penyelesaian nya>>>read more...

jom cerita sket pasal kalsium....

Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "
 
Berapa banyak kalsium diperlukan?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.

Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut.. Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

1. Otot & Saraf:

  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm

2. Saraf:

  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
3. Jantung

  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
4. Kulit

  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering
5. Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

  • Kekejangan atau kram otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol timggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

kenapa kalsium penting semasa hamil????

Kesan kekurangan Kalsium
Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).

Selain itu, ibu hamil disarankan juga mengambil pil kalsium yang menyediakan 1000mg sumber kalsium yang bersamaan dengan 4 biji setiap hari. Mengapa cukup sekadar 1000 mg sehari? Ini kerana tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.

Keperluan Kalsium Minimum bagi Wanita
Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari.
Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.
Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.
Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.



Mengapa Ostematrix Shaklee? Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?....>>>read more



1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.
2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
3. Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.
4. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.
Yang penting, apabila kita pasti dan tahu berapa ukuran atau sukatan bagi setiap apa yang dimakan oleh kita, maka tubuh badan kita akan mampu menyerap dan menerima segala vitamin dengan lebih baik. 

Atau anda juga boleh mencuba Set Pregnancy Shaklee.



INO SIHAT : HAMIL

ANDA disahkan hamil? Apa yang penting anda lakukan sepanjang tempoh kehamilan ialah menjaga kesihatan fizikal dan emosi sebaik-baiknya.
Seperti wanita lain, anda juga sebenarnya berpotensi melahirkan bayi yang sihat dan bebas daripada sebarang masalah sepanjang hamil jika anda mengamalkan beberapa tips berikut seperti:

1. Memilih pakar perbidananMemilih pakar perbidanan pada peringkat awal dapat membantu mengeratkan hubungan dalam menyiapkan diri sebelum proses kelahiran.
Pada masa yang sama, penjagaan pranatal yang baik penting untuk kesihatan bayi.

2. Diet yang seimbangPastikan anda mengambil diet yang seimbang seperti protein dan mengawal kalori selain mengambil vitamin dan garam galian lain seperti zat besi dan asid folik.

 3. Mengambil vitamin pranatalWanita hamil perlu mengambil vitamin ini lebih daripada wanita biasa terutama asid folik kerana ia mengurangkan risiko janin mengalami kecacatan tiub saraf, contohnya spina bifida.(CHECK VITAMIN ANDA)

4. Melakukan senaman secara tetap
Program senaman yang sesuai bukan saja dapat memberi anda kekuatan dengan berat badan yang baru semasa hamil, malah dapat mengurangkan tekanan semasa proses kelahiran.
Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan serotonin iaitu bahan kimia yang dikaitkan dengan perubahan mood semasa hamil.

5. Elakkan mengambil minuman kerasKajian mendapati wanita yang mengambil minuman keras semasa hamil meningkatkan risiko melahirkan bayi yang mengalami kerencatan mental dan fizikal, masalah tingkah laku, rupa paras dan kecacatan jantung.

6. Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko untuk anda melahirkan bayi yang kurang berat badannya.

7. Berhenti merokok
Tabiat merokok meningkatkan risiko keguguran, kehamilan ektopik, pendarahan faraj, bayi lahir tidak cukup bulan, kematian bayi dan sebagainya.
Kajian juga mendapati wanita yang merokok 20 batang atau lebih sehari lebih cenderung melahirkan anak yang sumbing.

8. Rehat yang mencukupiTidur yang mencukupi penting untuk kesihatan diri dan janin dalam kandungan. Jika anda tidak boleh tidur, angkat kaki ke atas sambil membaca buku atau majalah.

Kaedah berehat seperti yoga, regangan, menarik nafas dalam-dalam dan urutan merupakan cara terbaik untuk menangani tekanan dan tidur yang baik pada waktu malam.


>>>>BACK 

 *************LEAVE YOUR COMMENT*******************