Jom tengok apa kelebihan dan keistimewaan membaca al quran sewaktu
mengandung .
1.Membaca al quran sewaktu mengandung akan membentuk sahsia yang baik pada bayi yang
di kandung. Sejak dari dalam perut bayi anda sudah di perdengarkan
bacaan ayat-ayat suci dan sentiasa mengingati penciptanya.Insyaallah
amalan baik sejak kecil akan membantu kita mendapat anak yang soleh@solehah.
2.Perasan dan jiwa yang tenang. Ayat quran umpama terapi diri yang
mampu menenangkan jiwa si pembaca.Lebih-lebih lagi jika anda faham makna
ayat yang anda baca. Kalau ibu mengandung perasaan penat dan sensitif cepat terasa dan cepat membuatkan rasa nak marah. Sejukkan hati dan jiwa dengan membaca al quran.
3.Dapat menjauhkan diri dari bisikan syaitan dan iblis. Mereka ni
memang makhluk perosak sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Jadi jauhkan
mereka lebih-lebih lagi sewaktu mengandung kerana wanita yang tengah
mengandung mempunyai jiwa dan perasaan yang lemah dan mudah di rasuk.
4.Ganjaran pahala yang sangat besar.Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya
diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu
hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata
(alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam)
adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)
Ini antara sahaja............ keistimewaan membaca al quran sangatlah
banyak.Lebih-lebih lagi jika anda mencari apa makna surah atau ayat yang
anda baca.
sharing for mommy: ibu yang mengandung @ ibu2 supaya membaca
ayat qursi dan mengulang ayat yang terakhir sebanyak 7 kali sebelum
tidur. Selepas mengulang ayat terakhir 7 kali tiup ( tadah tangan ) dan
sapu dari arah kepala sehingga ke bawah ( macam melumur lulur)@bagi yang ada anak@baby boleh apply cara yang sama...
>>>>>BACK
*****************************LEAVE YOUR COMMENT************************
No comments:
Post a Comment