ANDA disahkan hamil? Apa yang penting anda lakukan sepanjang tempoh
kehamilan ialah menjaga kesihatan fizikal dan emosi sebaik-baiknya.
Seperti wanita lain, anda juga sebenarnya berpotensi melahirkan bayi
yang sihat dan bebas daripada sebarang masalah sepanjang hamil jika
anda mengamalkan beberapa tips berikut seperti:
1. Memilih pakar perbidananMemilih pakar perbidanan pada peringkat awal dapat membantu mengeratkan hubungan dalam menyiapkan diri sebelum proses kelahiran.
Pada masa yang sama, penjagaan pranatal yang baik penting untuk kesihatan bayi.
2. Diet yang seimbangPastikan anda mengambil diet yang seimbang
seperti protein dan mengawal kalori selain mengambil vitamin dan garam
galian lain seperti zat besi dan asid folik.
3. Mengambil vitamin pranatalWanita hamil perlu mengambil
vitamin ini lebih daripada wanita biasa terutama asid folik kerana ia
mengurangkan risiko janin mengalami kecacatan tiub saraf, contohnya
spina bifida.(CHECK VITAMIN ANDA)
4. Melakukan senaman secara tetap
Program senaman yang sesuai bukan saja dapat memberi anda kekuatan
dengan berat badan yang baru semasa hamil, malah dapat mengurangkan
tekanan semasa proses kelahiran.
Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan serotonin iaitu bahan kimia yang dikaitkan dengan perubahan mood semasa hamil.
5. Elakkan mengambil minuman kerasKajian mendapati wanita yang
mengambil minuman keras semasa hamil meningkatkan risiko melahirkan
bayi yang mengalami kerencatan mental dan fizikal, masalah tingkah
laku, rupa paras dan kecacatan jantung.
6. Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko untuk anda melahirkan bayi yang kurang berat badannya.
7. Berhenti merokok
Tabiat merokok meningkatkan risiko keguguran, kehamilan ektopik,
pendarahan faraj, bayi lahir tidak cukup bulan, kematian bayi dan
sebagainya.
Kajian juga mendapati wanita yang merokok 20 batang atau lebih sehari lebih cenderung melahirkan anak yang sumbing.
8. Rehat yang mencukupiTidur yang mencukupi penting untuk
kesihatan diri dan janin dalam kandungan. Jika anda tidak boleh tidur,
angkat kaki ke atas sambil membaca buku atau majalah.
Kaedah berehat seperti yoga, regangan, menarik nafas dalam-dalam dan
urutan merupakan cara terbaik untuk menangani tekanan dan tidur yang
baik pada waktu malam.
>>>>BACK
*************LEAVE YOUR COMMENT*******************
No comments:
Post a Comment