Rata-rata jika ditanya pada ibu yang menyusu apa yang selalu berlegar
dalam fikiran sudah semestinya RISAU jika susu semakin berkurang. Bab ni
memang semua ibu paling takut apatah lagi jika menyusu badan
sepenuhnya. Apa tips yang perlu dibuat untuk menambah susu badan?
1. Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak
pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika
tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah
susu semakin lama semakin kurang.
2. Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh
perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam.
Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.
3. Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain.
Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita
merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU
diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya
memadai untuk setiap bayi.
4. Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali
mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika
dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.
5. Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu
malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan
pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu.
6. Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita
perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan
berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing
dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori
dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan.
Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.
7. Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu...>>>read more
8. Boleh mengambil supplement untuk menjaga kecergasan ibu supaya
sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu
boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi.
>>>>BACK
**********************************LEAVE YOUR COMMENT************************
No comments:
Post a Comment