Pakaian
- Longgar dan selesa dan tidak mencengkam dibahagian pinggang.
- Pakaian yang longgar dibahagian depan (potongan baju mengandung).
- Gaun wanita mengandung adalah lebih selesa bilamana kandungan membesar.
Memilih pakaian dalam
- Pakai pakaian dalam yang bersaiz besar dan bercangkuk lebar dibahagian belakang dan bertali lebar dibuat dari kain kapas yang nipis semasa mengandung.
- Bagi penyusuan susu ibu pakai pakaian dalam yang boleh dibuka dibahagian depan.
- Pakai seluar dalam yang dikhaskan bagi wanita mengandung.
Kasut yang sesuai
- Pakai kasut bertumit rendah kerana ia sesuai untuk postur dan belakang anda dari memakai kasut bertumit tinggi atau kasut leper.
- Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara.
- Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai dirumah atau bersiar-siar.
google tag search result :
No comments:
Post a Comment