Takrifan Penyusuan Eksklusif- Bayi diberikan susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain(termasuk air masak). Penyusuan susu ibu sepenuhnya amat penting untuk tempoh 4 ke 6 bulan pertama kehidupan bayi.
Kenapa Penyusuan Eksklusif Penting?1. Susu Ibu Memberi Perlindungan dari Penyakit kerana di dalam Susu Ibu mengandungi:
- "Bifidus Factor" yang dapat membantu pembiakan koloni Laktobacillus. Koloni ini bertindak sebagai pertahanan kepada serangan pembiakan E.Coli dalam usus.
- Lactoferrin bergabung dengan zat besi menyebabkan bakteria tidak mudah membiak
- Banyak agen anti-inflamatory membantu proses inflamatori yang tidak terkawal yang menyebabkan penyakit
- Lymphocite dan Macrophages yang membantu melawan penyakit
- Antibodi untuk melawan penyakit yang telah terdedah kepada ibu tersebut
- Hormon dan Growth Factor yang membantu pertumbuhan dan kematangan sistem immune bayi, perkembangan otak dan lain-lain
- Enzime lipase dan laktase yang membantu pembentukan sistem penghazaman bayi
2. Susu Ibu Memberi Perlindungan dari Alahan(Allergy) kerana
- Sistem usus bayi mudah terbentuk bila diberi susu ibu. Protein yang diterima oleh sistem bayi adalah protein manusia bukan protein asing.
- Pendedahan yang rendah terhadap protein asing menghasilkan toleransi dan bukannya kesan alahan (allergic)
- Zat seperti zink dan "long chain polyunsaturated fatty acid" di dalam susu ibu membantu pembentukan sistem immune bayi
- Dengan memberi bayi sekali sahaja susu formula pada bayi di hari yang pertama boleh menggalakkan allergik. Semua susu formula termasuk susu soya boleh memberi risiko allergik seperti ruam, atopik, asthma, eczema dan lain-lain
3. Pemberian Susu Ibu memberi banyak kebaikan kepada bayi seperti:
- Kadar SID(Cot death) yang rendah
- Kadar kencing manis (IDDM), Otitis Media yang rendah
- Respon pelalian yang lebih baik
- Kurang masalah gigi "Orthodontik"
- Perkembangan tumbesaran, emosi dan sosial yang lebih baik
- Kanak-kanak yang lebih pintar
* Pemberian bahan makanan atau minuman yang lain semasa tempoh 4-6 bulan pertama ini boleh mengurangkan kesan kebaikan yang disebut di atas kerana bahan-bahan asing tadi akan membersihkan perut bayi atau bertindakbalas secara tidak semulajadi di dalam perut dan usus bayi. Tambahan pula pengambilan bahan lain akan memenuhkan perut bayi (terlalu mengenyangkan) dan menyebabkan bayi tersebut tidak mahu menyusu secukupnya dari sumber susu ibu.
--Rujukan dari Kurikulum Panduan Pengurusan Laktasi dan Kursus 18 jam PPUM, KL
>>>>>>>>>>>>BACK
No comments:
Post a Comment